Si Cantik dan Si Kacak

Wednesday, February 27, 2013

Assalamualaikum bakal suami

Assalamualaikum....
kehadapan Encik bakal suami, semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Saya disini sentiasa ingatkan awak dalam setiap doa saya. Sentiasa doakan yang terbaik untuk masa depan kita sekeluarga.
Alhamdulillah, dalam setiap bait perkenalan kita, saya masih mampu berdiri sebagai semangat awak, sebagai racun dan penawar awak. Ingat, walau dimana awak berada, hati ini tetap.milik awak, INSYALLAH.
Bakal suami, maaf andai diri ini selalu kecewakan awak, mudah lukakan hati awak dan tidak jadi yerbaik untuk awak. INSYALLAH, andai saya yang halal untuk awak, saya akan jadi sempurna dan terbaik untuk awak seperti yang diinginkan.
Dulu, saya mungkin perempuan 'sejuk beku', sombong, masam,jual mahal, tak berdunia dengan orang lain dan bla..bla...tapi sekarang? Saya la perempuan GILA yang mampu buat awak senyum sampai telinga. Awak cakap bahagia ada dengan saya. Ye la, ada dengan pesakit Hosp Bahagia memang bahagia kan? hehehee.. Tapi saya lagi bahagia kalau awak jadi pasangan halal untuk saya :)
Suatu ketika dahulu, saya mungkin 'Playgirl' tapi manusia mampu berubah. Sedikit demi sedikit saya cuba berubah untuk jadi lebih baik dari hari semalam, berubah menjadi MUSLIMAH sejati. Mungkin dulu awak tak mengenali aaya dan saya tak harap pun aqak mengenali Syatila yang lalu.
Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran sekarang saya la perempuan 'sejuk beku'. Saya bersyukur Allah cepat buka kan pintu hati saya. Bersyukur juga atas kurniaan bakal ima  saya.
Bakal suami, saya mungkib tak sempurna dimata awak, saya mungkin punya kekurangan. Tapi andai saya yang halal buat awak, ajar saya tentang kehidupan berdasarkan syariat islam, jadi lampu untuk menyuluh setiap langkah perjalanan saya, jadi tongkat untuk saya bersandar tika musibah menjengah. Jadi suami terbaik untuk saya, menantu yang baik untuk kedua ibubapa saya, abang yang baik untuk adik2 saya, ayah yang baik untuk bakal zuriat kita dan muslimin yang baik sebagai contoh buat muslimin yang lain.
Bakal suami, saya tak perlukan wang berjuta, tak perlu holiday keliling dunia. Tapi apa yang saya mahukan hanyalah keikhlasan dan kejujuran hati awak untuk jadika  saya yang halal disisi awak kerana Allah taala dunia akhirat. Amin.


Bakal isteri dan ibu kepada zuriatmu,
Syatila Zakaria

Wednesday, February 20, 2013

Surat untuk bulan

Bulan,
malam ini aku sendirian lagi bertemankan cahaya suram mu,
tanpa dia di sisi, tanpa kasih yang slalunya terpatri.

Bulan,
malam ini aku merasai kekosongan lalu,
merasai bagaimana hidup sendiri tanpa teman disisi,
tanpa sayang yang abadi.

Bulan,
cintaku hanya pada yang hakiki,
tidak terperi,
tidak mampu disangkal lagi.

Bulan,
andai maaih ada cinta dihati,
sulami setiap bait pertemuan ini agar ianya menjadi yang halal di samping DIA yang hakiki.

Bulan,
sampaikan salam kasih yang suci ini buat dia si jantung hati,
walau dimana diri ini berpijak,
walau jauh mana jarak,
titpkan kami dengan ikatan yang suci.


salam sayang,
Syatila Zakaria

Sunday, February 17, 2013

Letih dalam bahagia

Assalamualaikum... salam ahad..
Alhamdulillah hari ni masih sihat dan kuat seperti dia, letih semalam masih terasa tapi alhamdulillah, letih pon semangat. Sekurang kurangnya hari semalam mampu meleraikan penat beban kerja dan kehidupan, hari semalam mampu menggembirakan hati sendiri.

Seharian berjalan tanpa henti, tipu...naik kereta dan jalan juga, hahaha.. Lepas berangkat pulang dari kenduri semalam, singgah di Empangan Mengkuang. Okey, agak teruja, x sangka ada tempat macam tu buat hilang stress, feeling sikit. Sangat damai dan mempersonakan mata dan minda. Alhamdulillah masih diberi kesempatan hirup udara segar.

ehsan pakcik google

sorry punya la teruja dengan tempat cantik sampai lupa nak snap photo, sia sia phone adacamera tapi x guna, sangat 'alien'. Tak tipu kan, tempai ni cantik sangat, tenang, pertama kali sampai terus jatuh cinta.
lagi ehsan pakcik google

kawasan dia luas, tak pasti berapa per segi, kalau nak tau sila google, den malas nak google. Dari pandangan mata, semalam ramai yang jogging, bersantai, piknik, bergambar, dating, cuci mata, pengantin ambil gambar kahwin (idea photoshoot kahwin ni) dan tengok video matlutfi90 :) hahahaa

settle cuci mata, minda dan hilang stress gerak tinggalkan kawasan ciptaan illahi ni. Susah nak cari tempat yang mendamaikan macam ni, kalau ada pun habis diterokai ciptaan agung ni. Makin maju zaman makin kita tak kenal asal usul bumi dipijak. Nanti zaman makin maju, tasik pun x kenal rupa bentuk.

last destination, makan malam berdekatan UITM Permatang Pauh
masih menggunakan ehsan pakcik google



salam sayang,





Saturday, February 16, 2013

The Zakaria's Family

Assalamualikum...alhamdulillah,tanggal 16februari2013 masih lagi diberi nafas yang baik,kesihatan yang sempurna,akal yang waras,keluarga yang memahami,sahabat handai yang menyokong dari setiap segi,sibuah hati yang jauh dimata dekat dihati.

tanggal 20tahun yang lalu, pasangan kembar ini dilahirkan dengan seribu satu kasih sayaang, adindaku Ain Nadjwa & Muhammad Najmi. Saat itu bermulanya watak sebagai seorang kakak :)
"selamat menyambut kelahiran yang je 20an, kakak love u"
  
kakngah..abang...kita pernah gaduh,pernah bercakar,pernah berahsia,pernah membenci,pernah mengata tapi kita tetap 'sibling', kita tetap sayang antara satu sama lain kita tetap mencintai diri kita sebagai adik beradik. Terkadang berbeza pendapat, kita tetap kawan, tetap teguh di hati mama dan abah kita.

"gambar raya shot by Faiznur Azreena Awang Kepali"

'adik',sangkakan si bongsu  :)  walaupun adik besaq, tinggi n hitam dari kakak & abang, kami sayang hang sangat,hang kan adik  :)  gila xsayang adik sendiri. Adik yang manja,yang pandai bodek,yang pandai paw duit kakak, sayang hang sangat, hang kan body guard kakak,boyfriend kakak,partner kakak bila kita keluar berempat. Syok ada adik yang besaq dari kakak, keluar rumah rasa ada orang protect  :)

"adik, abang, naufal, auni"

Arief Naufal & Auni Natasha, tanpa kalian hidup mengkin tak seindah sekarang, tak seceria sekarang. Bahagia bila ada adik kecil dalam family, walaupun penat melayan keletah si bongsu, senyuman bahagia sentiasa terukir di pinggir bibir kami. Walaupun kami selalu keluar berempat, kakak tetap sayang naufal & auni. Bukan takmau bawa tapi hampa kan kecil lg



Thursday, February 14, 2013

Rindu itu milik kita



anda mampu menggembirakan,
Syatila

Wednesday, February 13, 2013

Kenapa perlu kecewa?

assalamualaikum...
kehadapan laman maya yang kian bersawang, maaf. Terkadang tanpa sedar, hati ini hilang pertimbangan, lupa daratan dan arah tujuan. Dalam melewati arus kehidupan, kian terlupa kisah semalam, terlupa tentang apa itu REALITI. Kenapa perlu wujud nya cinta lg, knapa perlu ada nya dilema ini.

Ya Allah, berdosakah aku? Andai ini suratan, aku terima setiap yang tertulis. Andai ini rekaan kehidupan, kuatkan semangat ku dalam menempuhi setiap onak duri ini. Namun, andai ini jodoh, jangan lukakan hati mereka yang lain, jangan turunkan musibah yang x nampu aku susuri.

Wahai sang pencipta, hati ini penuh perasaan, terkadang tidak mengerti mana yang tulen mana yang palsu. Andai dia jodohku, kuatkanlah hati kami dalam membina hari mendatang. Jika tiada tertulis jodoh kami, lupuskan perasaan cinta ini agar kami bisa menyayangi org yg sepatutnya terima cebisan sayang itu.

Padamu aku berserah, padamu aku akur. Hanya doa ingin kan yang terbaik, inginkan pemimpin yang setia menemaniku hingga akhir detik nafasku. Amin.

hambamu Allah,
Syatila