Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan waktu. Masih mampu bernafas dibumi milik illahi. Walau penuh halangan yang tiba, alhamdulillah hati ini masih kuat, masih akur dengan ketentuaannya. Diri ini tahu, setiap dugaan ada hikmah disebalik yang berlaku.
Alhamdulillah... 3bulan bergelar tunangan org dan sebulan lg bakal begelar isteri org. Mohon dipermudahkan segala urusanku, amin. Dalam jangka masa yang singkat ini, Allah beri kita peluang mngenal hati masing2, dan mungkin bercinta di alam halal nnt.
Ya Allah, mohon diampunkan segala dosa2 yang lalu, beri aku kekuatan dalam menempuh likuan hidup yang mendatang. En. A, andai saya diciptakan sang pencipta utk awak, didik saya sebagaimana rasulullah mendidik isteri2 beliau. Didik aku, beri aku agam secukupnya.
Terima kasih mereka yang sentiasa berusaha terbaik untuk aku. Thanks ma, abah, k.ngah, abang, adik, naufal dan auni. Kakak hargai sangat.
Sahabat handai, rakan taulan, terima kasih atas usaha keras kalian.
menghitung detik dan waktu,
Syatila Zakaria
Si Cantik dan Si Kacak
Thursday, December 26, 2013
Wednesday, August 21, 2013
Restu
Alhamdulillah.
walau saya x kenal awak sepenuh nya, tp saya tau pilihan ibubapa saya adalah terbaik untuk si sulung ini. walau saya x setanding mana, saya bersyukur awak masih boleh terima saya seadanya. apa yang terbaik utk mama & abah saya, itu yang terbaik untuk saya.
- syatila -
Thursday, August 15, 2013
Andai kau tahu
Tika detik ini,
perasaan berlalu pergi tanpa meninggalkan secubit pesan
perasaan yang dulunya teguh kini pudar di mamah waktu
apa sudah jadi? mana pergi segala bahagia lalu?
hati ini pasrah, akur dengan ketentuaan andai ini noktah nya
hati ini x bisa menanggung segala kekecewaan
hati muda ini lemah, terlalu lemah
Maafkan aku pujanggan setia,
detik bahagia lalu hilang tanpa berita
mana pergi senyuman dulu
mana pergi manis bicara lalu
hati ini cuba mencari sang cinta
menyelam merentasi lautan gelora
namun ianya lenyap tanpa jejak
Aku mahukan bahagia lalu
aku mahukan prndamping setia yang mampu mengukir senyuman indah
aku magukan dia yang dulunya ceriakan suasana
namun aku perlu sedar
ianya makin suram
makin terhakis dek masa
makin jauh dek kotak jiwa
Sang Pencipta,
andai dia ditakdirkan utk ku
cekal kan hati ni
berikan aku ketabahan supaya aku bisa melangkah hari2 sebagai khalifah bumi mu
wujudkan kesabaran pada diri ku
tunjuk aku jalan yang benar2 selayak nya sebagai ciptaan mu
dari kau aku datang
kpd kau aku kembali
andai ini takdirnya
kuatkan iman aku.
Syatila

Monday, July 8, 2013
Ramadhan ini
Ramadhan
selamat kembali
hati ini ternanti2 datangnya bulan mulia
terima kasih tuhan
atas setiap hembusan nafas hari ini
harap kembalinya ramadhan
aku masih berdiri di atas bumi illahi
harapa aku masih di beri kesempatan menyambut bulan yang diredhai
Ramadhan
azam lalu masih kaku
masih belum bisa digapai
tidak mengapa
insyallah masih banyak masa
Ramadhan
kembalinya engkau kali ini memberi aku nafas baru
jiwa baru
walaupun aku masih di kota kesibukkan dunia
aku perlu akur dengan kehendak
ini jalan aku pilih
ini tempat aku mencari rezeki sesudu nasi
Ramadhan
datang lagi memberi seribu satu keinsafan
memberi ruang agar aku bisa menebar lembaran baru
memberi aku waktu dalam mengejar bait-bait pahala mu
Tuhan
terima kasih kerana kembalikan Ramadhan kepada kami khalifah bumi mu
diharap Ramadhan kali ini penuh keinsafan dalam diri
terima kasih atas waktu ini
terima kasih kerana masih beri kami detik untuk bertaubat padamu.
sang kerdil,
Syatila
Puisi untuk sang pujangga
Dulu,
aku mungkin wanita yang kau cinta
mungkin juga yang kau puja
tapi kini,
aku hanya wanita yang kosong tanpa cinta
kosong tanpa perasaan
maafkan aku sang pujangga
Dulu,
aku mungkin wanita istimewa di hati
mungkin jugak terindah dimata
tapi kini,
aku dipenuhi caci maki
tidak lg wujud di hati
Pujangga,
maafkan kan aku wanita yang lemah
maafkan aku atas janji setia
aku tak bisa hidup atas nama cinta
kerana hati ini mulai kosong tanpa rasa
Andai ini yakdir kita
andai suratan sudah termaktub
aku redha
maafkan aku
halalkan segala yang berlaku
aku hanya sang lemah
hanya insan yang bersandar pada kotak jiwa
maafkan aku wahai pujangga setia.
wanita ini,

Thursday, June 13, 2013
Perilaku
Salam khamis,
semoga hari ini dan hari mendatang dilimpahi seribu satu kemanisan. Senyum selalu kerana senyum sedekah, senyum mencerminkan diri ;) chill
hari ni masih senyum, tapi terbit sedikit menyampah dengan perilaku mereka di sekeliling. Menyampah sebab rasa dia terlalu poyo dan buat aku x senang. Ada ya manusia macam tu, cuba menonjolkan diri, cuba tarik perhatian yang lain.
perempuan, jangan terlalu menonjolkan diri, jaga adab perilaku kita sebagai wanita. Kita muslimah, kita ada adab yg perlu di jaga.
secebis nasihat utk diri dan anda.

Saturday, April 20, 2013
KUNCI kesetiaan anda ?
Assalamualaikum...
alhamdulillah, masih segar dan bebas bernyawa. Sakit kepala itu normal mungkin disebab kan perubahan cuaca dan faktor usia yang semakin bertambah. Insyallah lepas ni harap baik seperti sedia kala. Amin.
Anda nak saya setia dengan anda?
aku bukan lah sebaik baik manusia, tapi aku juga tak sejahat syaitan, alhamdulillah aku masih ada sifat kemanusiaan, aku masih diberi segala perasan dan minda untuk berfikir baik buruk kehidupan. Cuma terkadang hati aku mudah terasa dan aku agak cengeng, aku mudah terluka terasa ternangis di sebabkan benda simple tp senstive untuk aku. Hurm mungkin itu aku. Luaran aku mungkin nampak tabah, mungkin nampak cool tp dalaman aku Allah ja tahu.
Bagi aku, KUNCI sesebuah hubungan adalah PERCAYA antara satu sama lain. Ya, aku percaya anda dan sangat percaya tapi bila kepercayaan aku disalah gunakan, aku xmampu nk simpan gelora jiwa aku. Aku xmarah tapi hati aku nangis, sedih jiwa ni. Alhamdulillah, sampai hari ni anda masih buat aku percaya anda, tahniah :)
kedua, SETIA. Aku minta maaf, aku sendiri kadang lupa erti SETIA, aku sendiri dah banyak lukakan hati orang, curang dengan kesetiaan yang diberi. Ya aku akui itu bukan sifat baik aku. Disebabkan terlalu memilih yang terbaik sampai lupa untuk setia, teruk kan. Tapi itu suatu ketika, sekarang aku dah mula matang degan hidup, aku tahu jauh mana pun perjalanan kita, macam mana pun kita pilih, kita kena percaya yang JODOH TU RAHSIA ALLAH.
SAYANG. Bagi aku sayang ni subjektif. Tak semestinya dengan sayang kita akan bahagia, depends pada jenis sayang. Kalau sayang sebab paras rupa, harta pangkat dan darjat, aku rasa benda tu x kemana. Nanti tua kedut jugak, harta kalau x bersyukur Allah tarik balik, pangkat darjat x menjamin syurga kalau xdak ilmu agama.
NAK JADI CALON IMAM AKU?Sila hargai aku dengan diri aku, apa yang ada dengan aku, terima baik buruk aku. Jangan lupa, kalau kahwin dengan aku, automatik family aku family anda, susah senang aku anda kena lalui. Tunjuk aku dan bimbing aku dalam mencari keredhaan illahi. Jadi imam untuk setiap solatku, sama sama cari ilmu agama dengan aku. Aku nak kahwin dengan orang yang boleh sama sama dengan aku kejar syurga Allah. INGAT ! jangan buat benda yang aku tak suka, buruk padah nya kalau hati aku dah mula KOYAK RABAK sebab terluka. Aku mudah terima orang, mudah maaf kan orang tapi LUKA aku mungkin hanya mampu jadikan kita KAWAN BIASA.
Ya Allah ya tuhanku, andai dia jodohku berkatilah hidup kami dan keluarga kami. Permudahkan lah segala urusan kami, kami hanya ingin menjadi yang halal disismu. Amin.
ini jiwa aku,

Sunday, April 14, 2013
INI SAYA
Assalamualaikum bloggarians...
apa khabar kekasih hati, sihat kah anda? harap kekasih hati ku sekalian masih sihat, ckup makan minum, bahagia selalu.
alhamdulillah masih mampu menghembus udara segar, masih mampu bergerak dan melukis seperti sedia kala.
yeay...baru selesai menyiapkan doodles utk casing phone my bestties, hope he like it. agak comot dan x secomel syatila, hikhok...hahaa
sorry peeps, rasa pelik entry kali ni, lama xmenaip, sangat kebuntuan idea. tapi YOU KNOW ME WELL, ENOUGH KAN SAYANG.
one and only,

Sunday, March 31, 2013
Hati ini perlu sabar
Hari berlalu tanpa sedar tanpa pesan
sabar.dalam menjalani setiap liku tanpa toleh langkah lalu
saat kaki ini melangkah sikit demi sedikit jalan di atur
aturan kehidupan yang bakal berlaku
Jiwa ini x pasti
apa yang bakal menanti di hadapan sana
apa yang sudah tertulis mahupun sudah diaturkan
apa yang pasti sabar dalam menempuhi titik itu
sabar itu redha
pasrah itu x pasti
Syatila,
kuat untuk diri sendiri
sabar dengan kerenah duniawi
percaya dengan sinopsis dr hakiki
akur dengab apa yang berlaku
INI HIDUP AKU
sabar,
Syatila
Sunday, March 24, 2013
'BUKU' itu dunia aku
Assalamualaikum rakyat jelata, khalifah bumi sang PENCIPTA. Alhamdulillah, masih mampu menyedut udara di bumi Allah ini, masih waras akal fikiran dan sihat tubuh badan. Terima kasih Allah atas kurniaan ini, xmampu di ungkap hari makin hari jiwa makin tenang,bibir xlekang dek senyuman yang memadamkan penderitaan lalu.
Syukur, lewat semalam di beri kesempatan untuk singgah ni Big Bad Wolf book sales yang berlangsung di Times Square,Penang.
Syukur, lewat semalam di beri kesempatan untuk singgah ni Big Bad Wolf book sales yang berlangsung di Times Square,Penang.
ehsan En. Goggle
kalau x salah baca, ada 500k ++ buku yang ada dekat BBW, yang diberi potongan harga 75%-95%...wooooo....siapa yang mmg minat gila buku,ulat buku,atau apa jenis ulat...sila la berkunjung ke tempat berkenaan yang membolehkab anda lupa diri,release tension dan tanpa sedar waktu berlalu dengan pantas...hahaha...itu yang Cik Chenta al
ami :)
p/s:sila bawa duit secukupnya atau 'paw' suami anda,hahaha... -suami saya kedekut-
ehsan En. Ghhhhoggle
ehsan En. Goggle
![]() |
Add caption |
ini buku yang sempat dijenguk
insyallah petang nanti borong lg :)
Sunday, March 10, 2013
Hujan di tengah hari
assalamualaikum...
Sesaat ini hati terdetik
kenapa manusia dia beri segala perasaan
wahai hati, kita ni makhluk istimewa di sisi Sang Pencipta
dia jadikan kita begiti indah begitu sempurna
dia kurniakan kita segala perasaan ini bersebab
dia nak kita rasa bahagia, kasih dan sayang
dia juga beri kita rasa kecewa
tapi kita kena ingat di sebalik kekecewaan itu
Allah kurniakan kita bahagia
seperti Allah keluarkan pelangi indah selepas hujan
indah kan setiap ciptaan nya
Allah itu maha berkuasa
segala yang berlaku telah di tetap kan
kita hanya perlu akur dan bfikir baik buruk keadaan
bersyukur dengan segala kurniaan
dan redha dengan setiap kesulitan
Ya Allah,
dari kau kami datang
dan pada kau kami kembali
terima kasih atas setiap rasa yang mewarnai hidup ini
aku tahu,
kau maha adil kepada setiap umatmu
kau juga maha penyayang
kau sentiasa ada di saat kami memerlukanmu
Thanks Allah ♥
Best regards,

Wednesday, March 6, 2013
kami takut kucing?
Assalamualaikum....w.b.t
hari ni cik chenta MC :) selsema skit,batuk sikit & demam sikit. ada orang ckp sebab main kucing, sangat x logik. org lain pun bela kucing puluh2 ekor, sihat ja..ciss... dasar penakut kucing,hahahahaaaaa.....

ManusiaDanKucing
nak tahu kenapa kami serasi bersama? sbb kami minat kucing bersama :)
wahai bakal suami, kalau nak jadi suami kena la cium & sayang kucing dulu, sbb jangan terkejut kalau rumah kita nnt banyak kucing,hehehe :)
heart & soul,
Syatila Zakaria
Friday, March 1, 2013
Karipap pusing Cik Chenta
Salam jumaat, semoga hari ini lebih bermakna dan dilimpahi seribu satu kasih syg, insyallah. Alhamdulillah masih diberi kekuatan, masih diberi nafas yang baik serta kesihatan yang sempurna.
Last week, Cik Chenta ada buat karipap pusing, alhamdulillah menjadi. Kesayangan Cik Chenta cakap sedqp, rangup, kecil comel. Suka2, nnt boleh bt lagi :)
inti karipap dibuat guna keledek n udang
ni pula cara bt kulit karipap
last skali, bentuk jd karipap
goreng pon sodap ;)
sorry reader sbb x bg resepi penuh, malas nak taip :) hehehe..insyallah kalau rajin boleh update lg :)
salam penghulu segala hari,
Syatila Zakaria
Wednesday, February 27, 2013
Assalamualaikum bakal suami
Assalamualaikum....
kehadapan Encik bakal suami, semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Saya disini sentiasa ingatkan awak dalam setiap doa saya. Sentiasa doakan yang terbaik untuk masa depan kita sekeluarga.
Alhamdulillah, dalam setiap bait perkenalan kita, saya masih mampu berdiri sebagai semangat awak, sebagai racun dan penawar awak. Ingat, walau dimana awak berada, hati ini tetap.milik awak, INSYALLAH.
Bakal suami, maaf andai diri ini selalu kecewakan awak, mudah lukakan hati awak dan tidak jadi yerbaik untuk awak. INSYALLAH, andai saya yang halal untuk awak, saya akan jadi sempurna dan terbaik untuk awak seperti yang diinginkan.
Dulu, saya mungkin perempuan 'sejuk beku', sombong, masam,jual mahal, tak berdunia dengan orang lain dan bla..bla...tapi sekarang? Saya la perempuan GILA yang mampu buat awak senyum sampai telinga. Awak cakap bahagia ada dengan saya. Ye la, ada dengan pesakit Hosp Bahagia memang bahagia kan? hehehee.. Tapi saya lagi bahagia kalau awak jadi pasangan halal untuk saya :)
Suatu ketika dahulu, saya mungkin 'Playgirl' tapi manusia mampu berubah. Sedikit demi sedikit saya cuba berubah untuk jadi lebih baik dari hari semalam, berubah menjadi MUSLIMAH sejati. Mungkin dulu awak tak mengenali aaya dan saya tak harap pun aqak mengenali Syatila yang lalu.
Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran sekarang saya la perempuan 'sejuk beku'. Saya bersyukur Allah cepat buka kan pintu hati saya. Bersyukur juga atas kurniaan bakal ima saya.
Bakal suami, saya mungkib tak sempurna dimata awak, saya mungkin punya kekurangan. Tapi andai saya yang halal buat awak, ajar saya tentang kehidupan berdasarkan syariat islam, jadi lampu untuk menyuluh setiap langkah perjalanan saya, jadi tongkat untuk saya bersandar tika musibah menjengah. Jadi suami terbaik untuk saya, menantu yang baik untuk kedua ibubapa saya, abang yang baik untuk adik2 saya, ayah yang baik untuk bakal zuriat kita dan muslimin yang baik sebagai contoh buat muslimin yang lain.
Bakal suami, saya tak perlukan wang berjuta, tak perlu holiday keliling dunia. Tapi apa yang saya mahukan hanyalah keikhlasan dan kejujuran hati awak untuk jadika saya yang halal disisi awak kerana Allah taala dunia akhirat. Amin.
Bakal isteri dan ibu kepada zuriatmu,

Wednesday, February 20, 2013
Surat untuk bulan
Bulan,
malam ini aku sendirian lagi bertemankan cahaya suram mu,
tanpa dia di sisi, tanpa kasih yang slalunya terpatri.
Bulan,
malam ini aku merasai kekosongan lalu,
merasai bagaimana hidup sendiri tanpa teman disisi,
tanpa sayang yang abadi.
Bulan,
cintaku hanya pada yang hakiki,
tidak terperi,
tidak mampu disangkal lagi.
Bulan,
andai maaih ada cinta dihati,
sulami setiap bait pertemuan ini agar ianya menjadi yang halal di samping DIA yang hakiki.
Bulan,
sampaikan salam kasih yang suci ini buat dia si jantung hati,
walau dimana diri ini berpijak,
walau jauh mana jarak,
titpkan kami dengan ikatan yang suci.
salam sayang,

Sunday, February 17, 2013
Letih dalam bahagia
Assalamualaikum... salam ahad..
Alhamdulillah hari ni masih sihat dan kuat seperti dia, letih semalam masih terasa tapi alhamdulillah, letih pon semangat. Sekurang kurangnya hari semalam mampu meleraikan penat beban kerja dan kehidupan, hari semalam mampu menggembirakan hati sendiri.
Seharian berjalan tanpa henti, tipu...naik kereta dan jalan juga, hahaha.. Lepas berangkat pulang dari kenduri semalam, singgah di Empangan Mengkuang. Okey, agak teruja, x sangka ada tempat macam tu buat hilang stress, feeling sikit. Sangat damai dan mempersonakan mata dan minda. Alhamdulillah masih diberi kesempatan hirup udara segar.

ehsan pakcik google
sorry punya la teruja dengan tempat cantik sampai lupa nak snap photo, sia sia phone adacamera tapi x guna, sangat 'alien'. Tak tipu kan, tempai ni cantik sangat, tenang, pertama kali sampai terus jatuh cinta.
lagi ehsan pakcik google
kawasan dia luas, tak pasti berapa per segi, kalau nak tau sila google, den malas nak google. Dari pandangan mata, semalam ramai yang jogging, bersantai, piknik, bergambar, dating, cuci mata, pengantin ambil gambar kahwin (idea photoshoot kahwin ni) dan tengok video matlutfi90 :) hahahaa
settle cuci mata, minda dan hilang stress gerak tinggalkan kawasan ciptaan illahi ni. Susah nak cari tempat yang mendamaikan macam ni, kalau ada pun habis diterokai ciptaan agung ni. Makin maju zaman makin kita tak kenal asal usul bumi dipijak. Nanti zaman makin maju, tasik pun x kenal rupa bentuk.
last destination, makan malam berdekatan UITM Permatang Pauh
masih menggunakan ehsan pakcik google
salam sayang,
Saturday, February 16, 2013
The Zakaria's Family
Assalamualikum...alhamdulillah,tanggal 16februari2013 masih lagi diberi nafas yang baik,kesihatan yang sempurna,akal yang waras,keluarga yang memahami,sahabat handai yang menyokong dari setiap segi,sibuah hati yang jauh dimata dekat dihati.
tanggal 20tahun yang lalu, pasangan kembar ini dilahirkan dengan seribu satu kasih sayaang, adindaku Ain Nadjwa & Muhammad Najmi. Saat itu bermulanya watak sebagai seorang kakak :)
"selamat menyambut kelahiran yang je 20an, kakak love u"
kakngah..abang...kita pernah gaduh,pernah bercakar,pernah berahsia,pernah membenci,pernah mengata tapi kita tetap 'sibling', kita tetap sayang antara satu sama lain kita tetap mencintai diri kita sebagai adik beradik. Terkadang berbeza pendapat, kita tetap kawan, tetap teguh di hati mama dan abah kita.
"gambar raya shot by Faiznur Azreena Awang Kepali"
'adik',sangkakan si bongsu :) walaupun adik besaq, tinggi n hitam dari kakak & abang, kami sayang hang sangat,hang kan adik :) gila xsayang adik sendiri. Adik yang manja,yang pandai bodek,yang pandai paw duit kakak, sayang hang sangat, hang kan body guard kakak,boyfriend kakak,partner kakak bila kita keluar berempat. Syok ada adik yang besaq dari kakak, keluar rumah rasa ada orang protect :)
"adik, abang, naufal, auni"
Arief Naufal & Auni Natasha, tanpa kalian hidup mengkin tak seindah sekarang, tak seceria sekarang. Bahagia bila ada adik kecil dalam family, walaupun penat melayan keletah si bongsu, senyuman bahagia sentiasa terukir di pinggir bibir kami. Walaupun kami selalu keluar berempat, kakak tetap sayang naufal & auni. Bukan takmau bawa tapi hampa kan kecil lg
Thursday, February 14, 2013
Wednesday, February 13, 2013
Kenapa perlu kecewa?
assalamualaikum...
kehadapan laman maya yang kian bersawang, maaf. Terkadang tanpa sedar, hati ini hilang pertimbangan, lupa daratan dan arah tujuan. Dalam melewati arus kehidupan, kian terlupa kisah semalam, terlupa tentang apa itu REALITI. Kenapa perlu wujud nya cinta lg, knapa perlu ada nya dilema ini.
Ya Allah, berdosakah aku? Andai ini suratan, aku terima setiap yang tertulis. Andai ini rekaan kehidupan, kuatkan semangat ku dalam menempuhi setiap onak duri ini. Namun, andai ini jodoh, jangan lukakan hati mereka yang lain, jangan turunkan musibah yang x nampu aku susuri.
Wahai sang pencipta, hati ini penuh perasaan, terkadang tidak mengerti mana yang tulen mana yang palsu. Andai dia jodohku, kuatkanlah hati kami dalam membina hari mendatang. Jika tiada tertulis jodoh kami, lupuskan perasaan cinta ini agar kami bisa menyayangi org yg sepatutnya terima cebisan sayang itu.
Padamu aku berserah, padamu aku akur. Hanya doa ingin kan yang terbaik, inginkan pemimpin yang setia menemaniku hingga akhir detik nafasku. Amin.
hambamu Allah,

Subscribe to:
Posts (Atom)