Si Cantik dan Si Kacak

Saturday, April 20, 2013

KUNCI kesetiaan anda ?

Assalamualaikum...
alhamdulillah, masih segar dan bebas bernyawa. Sakit kepala itu normal mungkin disebab kan perubahan cuaca dan faktor usia yang semakin bertambah. Insyallah lepas ni harap baik seperti sedia kala. Amin.

Anda nak saya setia dengan anda?
aku bukan lah sebaik baik manusia, tapi aku juga tak sejahat syaitan, alhamdulillah aku masih ada sifat kemanusiaan, aku masih diberi segala perasan dan minda untuk berfikir baik buruk kehidupan. Cuma terkadang hati aku mudah terasa dan aku agak cengeng, aku mudah terluka terasa ternangis di sebabkan benda simple tp senstive untuk aku. Hurm mungkin itu aku. Luaran aku mungkin nampak tabah, mungkin nampak cool tp dalaman aku Allah ja tahu.

Bagi aku, KUNCI sesebuah hubungan adalah PERCAYA antara satu sama lain. Ya, aku percaya anda dan sangat percaya tapi bila kepercayaan aku disalah gunakan, aku xmampu nk simpan gelora jiwa aku. Aku xmarah tapi hati aku nangis, sedih jiwa ni. Alhamdulillah, sampai hari ni anda masih buat aku percaya anda, tahniah  :)

kedua, SETIA. Aku minta maaf, aku sendiri kadang lupa erti SETIA, aku sendiri dah banyak lukakan hati orang, curang dengan kesetiaan yang diberi. Ya aku akui itu bukan sifat baik aku. Disebabkan terlalu memilih yang terbaik sampai lupa untuk setia, teruk kan. Tapi itu suatu ketika, sekarang aku dah mula matang degan hidup, aku tahu jauh mana pun perjalanan kita, macam mana pun kita pilih, kita kena percaya yang JODOH TU RAHSIA ALLAH.

SAYANG. Bagi aku sayang ni subjektif. Tak semestinya dengan sayang kita akan bahagia, depends pada jenis sayang. Kalau sayang sebab paras rupa, harta pangkat dan darjat, aku rasa benda tu x kemana. Nanti tua kedut jugak, harta kalau x bersyukur Allah tarik balik, pangkat darjat x menjamin syurga kalau xdak ilmu agama.

NAK JADI CALON IMAM AKU?Sila hargai aku dengan diri aku, apa yang ada dengan aku, terima baik buruk aku. Jangan lupa, kalau kahwin dengan aku, automatik family aku family anda, susah senang aku anda kena lalui. Tunjuk aku dan bimbing aku dalam mencari keredhaan illahi. Jadi imam untuk setiap solatku, sama sama cari ilmu agama dengan aku. Aku nak kahwin dengan orang yang boleh sama sama dengan aku kejar syurga Allah. INGAT ! jangan buat benda yang aku tak suka, buruk padah nya kalau hati aku dah mula KOYAK RABAK sebab terluka. Aku mudah terima orang, mudah maaf kan orang tapi LUKA aku mungkin hanya mampu jadikan kita KAWAN BIASA.

Ya Allah ya tuhanku, andai dia jodohku berkatilah hidup kami dan keluarga kami. Permudahkan lah segala urusan kami, kami hanya ingin menjadi yang halal disismu. Amin.

ini jiwa aku,
Syatila Zakaria

No comments: