Si Cantik dan Si Kacak

Wednesday, February 27, 2013

Assalamualaikum bakal suami

Assalamualaikum....
kehadapan Encik bakal suami, semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Saya disini sentiasa ingatkan awak dalam setiap doa saya. Sentiasa doakan yang terbaik untuk masa depan kita sekeluarga.
Alhamdulillah, dalam setiap bait perkenalan kita, saya masih mampu berdiri sebagai semangat awak, sebagai racun dan penawar awak. Ingat, walau dimana awak berada, hati ini tetap.milik awak, INSYALLAH.
Bakal suami, maaf andai diri ini selalu kecewakan awak, mudah lukakan hati awak dan tidak jadi yerbaik untuk awak. INSYALLAH, andai saya yang halal untuk awak, saya akan jadi sempurna dan terbaik untuk awak seperti yang diinginkan.
Dulu, saya mungkin perempuan 'sejuk beku', sombong, masam,jual mahal, tak berdunia dengan orang lain dan bla..bla...tapi sekarang? Saya la perempuan GILA yang mampu buat awak senyum sampai telinga. Awak cakap bahagia ada dengan saya. Ye la, ada dengan pesakit Hosp Bahagia memang bahagia kan? hehehee.. Tapi saya lagi bahagia kalau awak jadi pasangan halal untuk saya :)
Suatu ketika dahulu, saya mungkin 'Playgirl' tapi manusia mampu berubah. Sedikit demi sedikit saya cuba berubah untuk jadi lebih baik dari hari semalam, berubah menjadi MUSLIMAH sejati. Mungkin dulu awak tak mengenali aaya dan saya tak harap pun aqak mengenali Syatila yang lalu.
Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran sekarang saya la perempuan 'sejuk beku'. Saya bersyukur Allah cepat buka kan pintu hati saya. Bersyukur juga atas kurniaan bakal ima  saya.
Bakal suami, saya mungkib tak sempurna dimata awak, saya mungkin punya kekurangan. Tapi andai saya yang halal buat awak, ajar saya tentang kehidupan berdasarkan syariat islam, jadi lampu untuk menyuluh setiap langkah perjalanan saya, jadi tongkat untuk saya bersandar tika musibah menjengah. Jadi suami terbaik untuk saya, menantu yang baik untuk kedua ibubapa saya, abang yang baik untuk adik2 saya, ayah yang baik untuk bakal zuriat kita dan muslimin yang baik sebagai contoh buat muslimin yang lain.
Bakal suami, saya tak perlukan wang berjuta, tak perlu holiday keliling dunia. Tapi apa yang saya mahukan hanyalah keikhlasan dan kejujuran hati awak untuk jadika  saya yang halal disisi awak kerana Allah taala dunia akhirat. Amin.


Bakal isteri dan ibu kepada zuriatmu,
Syatila Zakaria

5 comments: